Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Terowong Masa Kasih Sue&Fendy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama

Wednesday, August 13, 2014

30 days Basic Challenge: Day 5: Mealshake Shaklee

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirohmanirohim...
 
Salam Sayang!
Semalam saya ada share cerita pasal 1 scoop Mealshake setiap hari untuk si anak bujang saya yang sedang berumur 1 tahun 8 bulan (cepatnya kamu membesar anak). Saya mula berikan Shaklee kepadanya ketika umurnya 1 tahun 5 bulan. Ini kerana saya lihat najisnya selalu keras dan pekat. dan meneran sehingga merah2 muka (sembeli).. Alhamdulillh, setelah ambil mealshake, najisnya semakin lembut. Maknanya baru nk masuk 3 bulan.. tp 1 tong pun belum habis, ade tggal suku tong lagi.
 
Harganya RM113.75
boleh tahan selama 3 bulan (bergantung kepada cara pengambilan)
maknanya sebulan RM37.91
aikk??!!! RM1.26 / hari je?
 
Berbaloi2..
 

 
MANFAAT MEALSHAKE SHAKLEE
 
Rasa vanila yang menjadi kegemaran seisi keluarga
  1. Sesuai untuk kanak-kanak berusia satu tahun ke atas
  2. Sesuai untuk seisi keluarga
  3. Boleh dijadikan instant sahur meal / breakfast sekeluarga
  4. Rendah lemak kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang sesuai untuk tumbesahan kanak-kanak
  5. Memberi kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  6. Mengurangkan eczema pada kanak-kanak dan orang dewasa
  7. Meningkatkan selera makan anak-anak
  8. Jika anak kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat dari biasa.
  9. Pilihan terbaik bagi mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  10. Menanagi masalah sembelit pada kanak-kanak
  11. Amat baik untuk kanak - kanak yang obesiti
Nk beli untuk anak? Hubungi saya.
 
FB: Suriani Salihan
Page: Akyd's House of Health
Whatsapp dan Private Message: 0148072434


Monday, August 11, 2014

30 days Basic Challenge: Day 4: Anak-Anak

Assalamualaikum..
Bismillahirohmanirohim..
 
Hari ni nk cerita pasal anak2 lah pulak, esok sambung cerita pasal Shaklee.. tp saya janji selit sikit2 ..buleh? ibu Shaklee jgn mara ye.. hihihi..
 
 ni anak dara saya Nur Nadyra, esok umur genap 5 bulan. Suka sgt dok ngan atok..
 si Bujang, bulan Ogos ni umurnya setahun 8 bulan, dah pandai emosi, dan merajuk.. kalu die merajok, kite nak pelok pon die reject.. "nanak!! " katenye.. sentap mak naakkk.. hahhaha
 
 Apabila mereka bersama
 
Si Bujang, saya campurkan Mealshake Shaklee satu scoop sehari dalam susunya.. rasanya vanilla, so takde kurangkan rasa susunya pun, malah makin sedap susunya.. sebab tu die tak komplen.. hihihi. Saya dapat lihat penghadamannya semakin ok, lepas minum susu + mealshake tu, get ready lah, sejam atau dua jam lepas tu die mesti buat kueh.. hahah, membuang.. jadi, kuman tak berada lama dalam perut die.. badan die juga semakin berat kus semangat.. padahal, die masih makan cerelac yg halus tu 2 kali sehari.. tak makan mende lain.die very picky bab makan n ape yg lalu kt tekak die, kasar sikit je, abis luah, and isi perut keluar semua.. tp setiap kali makan nestum cerelac tu, penuh mangkok boleh habis.. ni nak blikan die kerusi tinggi utk budak tu, so that boleh stimulate die makan nasi, n makan bersama2 die.. harapnya boleh tarik minat die nk makan.. gigi pon dah penuh..
 
Si Adeq pula, mmg eksklusif breastfeed dengan saya lagi.. jadi, segala khasiat dari suplement Shaklee yg saya consume, harapnya pergi kepada die melalui susu ibu tersebut seperti Vitamin C, B-Complex dan kalsium dalam osteomatrix..
 
Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak2 mereka.. InsyaAllah, kita akan cuba sebaik mungkin.. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita membesarkan anugerah pinjamanNya ini..
 
Pagi tadi, nampak kawan share gambar adik beradik yang kecil2 macam tangga buat photoshoot bersama, meriah nampak ramai2 macam tu, macam seronok ja.. sekali saja la menyakat hubby, kot2 nk tmbah ahli keluarga sebab nmpak meriah plak bile ramai2 macam tu (padahal anak kecik baru umor 5 bulan).. ingatkan hubby tak amik pot or macam taknak ke, sekali die kate seronok juga.. eh eh.. terkena pulak rasa.. haha.. klu ade rezki, saya tak tolak.. Just perlu tmbah pengetahuan untuk didik n uruskan rumah tangga dan anak2 especially,PARENTING..bagaimana nk urus emosi saya bila berhadapan dengan anak2.. Wallaua'lam

Sunday, August 10, 2014

30 days Basic Challenge: Day 3: Set Mengandung Shaklee: Sustained Release Vitamin C

Wah, maraton entry dah ni.. Baiklah, entry ketiga saya nk share tentang bagaimana saya mengekalkan imunisasi badan sepanjang mengandung.. InsyaAllah, semua dengan izinNya..
 
Batuk, selsema, demam adalah perkara yang paling saya akan elakkan sewaktu mengandung. Mengapa? Kerana saya ingin elakkan untuk consume ubat-ubatan yang dibekalkan oleh klinik, kerana UBAT mengandungi drugs (dadah) untuk stimulate tindakbalas di dalam badan untuk melawan penyakit. Drugs ini tidak bagus untuk bayi dalam kandungan.. Seboleh-bolehnya saya akan ambil bahan natural untuk kembali sihat dari selsema, batuk dan demam ini.
 
Jadi, saya ambil Sustained Release Vitamin C Shaklee. Bertindak secara semulajadi. Vitamin C pertama yang dilepaskan secara perlahan-lahan sebanyak 100mg setiap jam supaya badan kita sentiasa ada kndungan vitamin C yang cukup. Selalunya, saya akan ambil 1 sebiji sehari sahaja, tetapi apabila ada simptom selsema dan batuk, saya akan ambil 2 biji. InsyaAllah, dalam masa 3 hari, selsema dan batuk itu beransur kurang.. Bonusnya, kulit saya semakin glowing.. wawiiii.. seronok betul.. Tp ingat!!! Haruslah sabar dan istiqamah amalkan suplement ini untuk nmpak kesannya.. InsyaAllah.. Semua dengan izinnya..  



MANFAAT YANG LAIN ADALAH:

  1. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat utk penyerapan zat besi yg lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkat pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga memerangi simptom selsema.
  2. Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yg berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells utk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
  3. Mencantikkan kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yg lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi iaitu penyebab utama jeragat.
  4. Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental spt keresahan.
  5. Mengekalkan kolesterol sihat - Ia mampu mengurangkan kolesterol dlm darah, mengekalkan kapilari darah yg sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
 
Berharga RM 52.20 / sebotol. Untuk tempahan hubungi saya.

FB: Suriani Salihan
Page: Akyd's House of Health
Whatsapp dan Private Message: 0148072434
 
Sekian, jumpa lagi.
xoxo, Sue


 

30 days Basic Challenge: Day 2: Set Mengandung Shaklee: Vitalea

Untuk membayar undang entry, saya sambung dengan entry kedua iaitu tentang Set Mengandung Shaklee yang saya sendri berpengalaman merasai kesan positifnya. Saya mula dengan Vitalea..
 
Bismillahirohmanirohim...
 
Saya mula serius dengan Shaklee setelah merasai sendiri kesan yang didapati setelah consume product ini. Dengan consume vitalea semasa mengandungkan anak kedua, bacaan HB saya sentiasa berada di paras normal (atas 11 mg) berbanding sebelum consume Vitalea. Ini kerana, melalui ujian darah, saya telah disahkan pembawa Thalesemia trait, jadi hb saya selalu dibawah 11 mg yang mana memerlukan saya ambil ubat iron dan vit C yang dibekalkan oleh KKM.
 
HB yang rendah boleh mengancam bayi dalam kndungan yng mana kekurangan iron boleh beri efect kurang darah dan oksigen kepada bayi, yg mana boleh membawa kepada kematian otak dan sebagainya. Melalui ibu Shaklee saya, beliau syorkan saya ambil vitalea, dan Alhamdulillah, Hb saya kembali normal. Syukur..

 
 

 
 
 
Selain itu, di bawah merupakan manfaat yang dibekalkan oleh Vitalea Shaklee ini.
Vitalea merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.
- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga
 
Boleh didapati dengan harga RM88.75 / sebotol, hubungi saya untuk tempahan atau maklumat lanjut tentang produk ini.

FB: Suriani Salihan
Page: Akyd's House of Health
Whatsapp dan Private Message: 0148072434
 
Next, saya akan kongsikan pengalaman bagaimana saya mengubati demam, batuk dan selsema semasa mengandung..
 
XOXO.. Daa.. :)
 
 

30 days Basic Challenge: Day 1: Saya adalah Shaklee Independent Distributor (SID)

Saya sedang menyahut cabaran ' Ibu Shaklee' saya iaitu 30 post di blog selama sebulan setiap hari, maknanya satu post setiap hari.. Cabaran ini bermula 9 Ogos 2014. Hari ini sudah 11 Ogos, maknanya saya ada hutang 3 post jika campur hari ini..
 
Mari saya mulakan dengan pengenalan diri..
Bismillahirohmanirohim...
Bersama anak kedua, Nur Nadyra
 
 
Saya adalah seorang Shaklee's Independent Distributor (SID) dengan nombor ahli 1024162.
Lokasi saya adalah di Kuantan. Boleh membuat delivery di sekitar Kuantan dan Pekan, serta postage ke seluruh Malaysia.
 
Saya mula menggunakan Shaklee secara serius sejak melahirkan anak kedua pada Mac 2014, yang mana saya mengambil Set Berpantang Shaklee sebagai supplement saya sepanjang berpantang. Setelah merasai sendiri kesan positif produk ini, saya membuat keputusan untuk pergi lebih jauh dan serius dengan Shaklee.
 
 Saya telah mula consume Alfalfa dan ESP iaitu Set Asas Menyusu untuk memperbanyakkan susu badan setelah saya nekad untuk memberi susu badan kepada anak pertama saya semasa kelahiran anak pertama pada awal tahun 2013. Namun begitu, rezki anak pertama dengan susu badan saya tak pnjang, apabila saya terkena jangkitan kuman di breast belah kiri dan menjalani 3 kali pembedahan membuang nanah.
 
Namun saya tak berputus asa, ketika saya disahkan hamil anak kedua 6 bulan selepas kelahiran anak pertama yang dilahirkan secara c-sect, saya telah setkan minda untuk breastfeed anak kedua sehingga sekurang-kurangnya dia berumur 2 tahun. Penjagaan sepanjang mengandung juga saya ambil supplement Shaklee.
 
Cukup untuk pengenalan saya serba sedikit. Untuk post yang akan datang, saya akan kongsikan pengalaman saya sendri consume produk ini. Saya telah merasai kesannya. Kepada yang ingin tahu lanjut tentang produk ini, sila hubungi saya seperti detail di bawah:
 
FB: Suriani Salihan
Page: Akyd's House of Health
Whatsapp dan Private Message: 0148072434



Monday, May 12, 2014

Introducing... The New Member of The House

Alhamdulillah, Sue dah selamat deliver 2nd baby on 13/3/2014.. it's a girl.. Nama didaftarkan Nur Nadyra bt. Mohd Efandy..

 Ni masa hari nk kuar wad, mama excited bru boleh sn gmbar anak, sbb si kecik ni stay dlm NICU selama 3 harii, sbb complikasi lemas


ni dah balik rumah, dok atas riba wan, hobby die, TIDO





Kami yang BerEmpat

Assalamualaikum..
Huui aii, bersawangnya blog chenta hati saya ni..

haa, pasti terkejut tgk cover photo dah bertukar.. Haiih, teruknye laa owner blog ni kan.. nk update blog pon jarang2, dah update tu plak, separuh2.. haha. byk tak buat house keeping blog ni.. byk data n fakta yg tak berupdate.. aiseymann..

Back to the topic lah.. seperti mana tajuk entry.. mmg kami dah ber4.. Alhamdulillah pada 13 Mac 2014 yang lpas, sy selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.88kg dengan kaedah normal+episotomy+vacum. Esok umuRnya cukup 2 bulan. Alhamdulillah syukur..

pengalaman bersalin kali ini sgt berbeza. Nantilah sy share (bile la agaknye tu yer?). Saya belanja gambar anak dare saye dulu ye..

ini kali pertama saya dapat pegang dan menyusukan nya direct, 3hari dia di NICU. Ada komplikasi dlm perut, akibat lemas. nantilah sy cerita

ini gambar terkini beliau, kirenya umur 2 bulan lah