http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm
bukan saya yang kemalangan, tp saye terserempak dengan kemalangan dan pengalaman berhadapan dengan situasi tersebut ketika itu..
citenye begini:
Lokasi: LPT.. 1km lagi ke exit gambang arah ke Kuantan.
Masa: 5.35 petang..
Tarikh: 11 SEptember 2011
tadi on the way ke kuantan.. dalam jam 5.35 petang.. tengah drive dan tengah borak ngan encik fendy dalam fon (memandu sambil jawab fon sangat tidak bagus, dont try this at home!!) perjalanan ni rase sgt cepat plak hari ni padahal aku tak speeding pon.. aku gerak dari temerloh jam 4.50 tadi.. dan by 5.35 (45 minit) aku dah nk exit tol gambang. padahal aku menten 110km/j je (aku sudah ddrive kete berhemah skang.. seeram tgk blog Ondscene).. insaf terus.. selalu dalam sejam jugak aku sampai gambang ni kalu aku menten 110km/j pon.. even laju lagik pon dalam 45 minit laa.. perasaan yg aku rase pelik tu aku cite laa kat fendy (sambil drive ni) .. fendy pon rase macam pelik.. (selalunye aku akan mesej mamat ni start dari aku mule gerak dari dari kuantan/ temerloh hingga laaa sampai umah sebab tu die tau tempoh mase ni.. n plez dont texting ketika menmandu.. benda tak elok jgn dok ikutt).. kereta pon agak byk atas hiway arini.. pon buat aku pelik.. selalu tak macam ni.. ermm..
tetibe tengah dok borak2.. kawasan agak mendaki bukit dan aku tak nampak kete depan, yg aku nampak kete dari arah bertentangan dok highlight laju2... aikk.. ada polis ke kt depan? roadblock? tak pernah dibuat polis buat roadblock kt hiway.. atau excident? aku pon cakap kt fendy, nanti aku tepon balik, ada eksiden.. then baru aku nampak kenderaan depan aku dah mula selow dan kelip2 macam lampu siran polis tp kt arah sebelah.. n kereta depan dah start berhenti tetengah hiway.. dari jauh2 aku dapat tgk serpihan2 kat tetengah jalan dan sebiji kereta dah melintang tengah jalan.. jantung aku pon mula berdegup laju (mmg selalu macam ni kalu meet excident tengah jalan).. aku tak nak berhenti.. nk lalu sebelah n jalan je sebab aku nampak kete/ pengguna lebuhraya semua ramai yg berhenti jugak.. so mesti dieorang tolong nye.. dah ramai org nak tolong tu.. aku tunggu jap.. tp kete depan mmg tak boleh jalan sebab kete eksiden mmg melintang tengah jalan dah.. so aku pon automatik laa tak boleh pass the excident jugak..so aku decide untuk stop kt tepi..
sedang elok kt belakang kete waja ni ade space muat untuk aku park kete aku yg panjang ni.. tutup enjin, kuar kete dan lock kete.. (keselamatan diri dan barang2 perlu kita utamakan jugak, dalam keadaan macam ni ape2 boleh berlaku dan org suka nk ambil kesempatan.. bab2 mcam ni kene fikirkan segala kemungkinan..) then aku pon kuatkan diri untuk mendekati tempat kejadian.. dan mula observe keadaan semasa..
dalam jarak 10 meter aku dapat lihat sebuah hilux yg dah remuk/hancor/hilang/penyek bahagian atas dah stop dan menghala ke arah bertentangan dan melintang tengah jalan.. ada sebuah proton satria merah dah stop jugak rempuh tebing/bukit sebelah kiri lebih kurang 5 meter dari hilux.. ada sorang lelaki sedang terduduk atas jalan berhampiran hilux tersebut.. tengah menggapai2 mintak pertolongan.. ada 2 polis yg baru sampai dan sedang kawal trafik (kenderaan tak bergerak dan jam).. dan sorang lg tgk keadaan mangsa atas jalan dan cube bantu angkatnya bersama sorang lagi lelaki (pengguna hiway) dan bila diperhatikan dengan lebih teliti ada seorang yang sedang terduduk dalam longkang di kaki tebing/bukit tu dan sedang bergerak2 (masih bernyawa) namun berlumuran darah lebih kurang 5 meter dari hilux... dan pada masa yg sama, kebakaran kecil mula berlaku di bahagian pemandu hilux yg remuk tu.. kuatir akan berlaku letupan yang lebih besar memandangkan bahagian enjin juga sudah hancur.. beberapa kenderaan yg berada lebih kurang 10 meter dari hilux tu pon undurkan sikt kete dieorang.. polis pon turut arahkan agar kete tu undurkan kebelakang sikit.. tp belakang pon ada byk kete jugak dah... mcam ne nk undur lagi.. so undur setakat mane yg mampu je laa..
menyedari yg mangsa di dalam longkang berada terlalu dekat dengan hilux yg sedang terbakar tu, ada beberapa pengguna hiway yg berada di sebelah sana hilux tu memberanikan diri untuk angkat mangsa dalam longkang yang berlumuran darah tu, ke sebelah sana.. ke tempat yg selamat dan baringkan nya..
dalam masa yg sama aku tgk semua mangsa berada di sebelah sana hilux yang terbakar tu, di sebelah sini tiada apa yg boleh dilakukan, yg tunggu arahan polis dan mtd untuk clearkan jalan semula sahaja.. ketika ini, aku rase tergerak hati utk melihat/membantu mangsa yg terlibat.. dengan kekuatan yang ada (berani tp dalam hati masih risau kelau tetibe hilux ni meletup, jadi macam cite broken arrow aku terbang nanti.. huuhuhuhu pengaruh filem yg sgt kuat) dan sempat ditegur oleh anggota polis tu ' puan, hati2 nnti meletup ni, jalan jauh sket dari hilux ni' aku angguk lalu perlahan2 aku berjalan menjauhi hilux yang terbakar itu, dengan melangkah ke tengah divider dan mula berjalan di jalan bertentangan menyusuri lebih kurang 10 meter dan cross semula ke laluan sebelah sini tempat mangsa semua berada.. jarak satria berada lebih kurang 10 meter dari hilux yg remuk tu, dan mangsa yg cedera parah (owner satria tu dibaringkan kt sebelah kereta tu) kire klu hilux tu meletop pon kami dicover oleh satria tu (walaupon remuk dah tp masih boleh diharapkan)..
aku mendekati mangsa yg sedang berlumuran darah itu, beliau seorang lelaki.. darah dibahagian muka saangat banyak.. beliau masih bernafas dan bergerak.. kepalanya bergerak2 sedikit.. mulutnya tak putus2 menyebut Allah.. Allah.. Allahh.. aku cube diagnos luka dan bleeding di kepalanya.. tak nampak sebrang luka terkoyak/ terdedah pun, tapi darah sgt byk keluar dari mana aku pon tak pasti membasahi bahagian dada dan baju t yang dipakainya.... dapat ku lihat dalam mulutnya juga penuh darah.. kurasakan pastinya beliau terhantuk ke stereng atau cermin atau di benda keras ni.. (dalam hati yakin, beliau tidak pakai seat belt ketika kejadian, kerana beliau tercampak keluar dan tersadai dalam longkang tu.) atau mungkin ia adalah pendarahan yang keluar dari bahagian dalam badan.. bau hanyir darah menusuk hidungku.. sayu hatiku melihat keadaannya begitu.. tp ku cuba tabahkan hati dan kuatkan semangat.. ku dongak dan cuba mencari kain, atau tuala, baju atau apa sahaja yang boleh memberhentikan pendarahan itu (pendarahan yang dari mana pun aku tak tahu,tp yg aku tahu, aku perlukan kain).. aku tanye lelaki2 yg berada di sekitar mangsa, ada kain, tuala, baju atau seluarr.. namun hampa.. dari situ ku perhatikan ke dalam kereta mangsa yang remuk.. sempat ku panggil seorang lelaki yg berada di situ, 'bang, tolong ajar die mengucap bang' lelaki tu akur dan melutut di sebelahnya dan mengajarnya mengucap.. alhamdulillahh.. dapat ku dengar mangsa masih dengar dan cuba mengucap.. aku bangkit dan menuju ke arah kereta satria yg remuk tu, serpihan tingkap pecah dan kaca cermin ada di mana2... ku terpandang sehelai kain seperti tuala kecil dibahagian belakang (speaker) kereta tu, aku cuba mencapainya menerusi tngkat yang sudah berkecai tu.. lalu ku lipatkan dan tekapkan di dagunya.. aku masih tak puas hati kerana merasakan tuala kecil itu sepeti tidak cukup memberhentikan darah yg byk tu.. (ya.. walaupon aku tak tau dari mana darah tu keluar).. aku masih meminta kain dan baju dari org2 yg ada disekilingku.. namun hampa.. lalu kutinggalkan dia sekali lagi dan pergi kereta satria itu kerna ku ternampak ada satu beg kain berwarna putih di bahagian letak kepala seat pemandu.. kucapai lalu ku tuangkan segala isi dalamnya. dapat kulihat ianya ada sebuah diary dan beberapa barang lain.. lalu aku lipatkan dan alaskan di bahagian bawah kepalanya.. sungguh aku sedih dan sayu melihatnya begitu.. sebab aku rasa tak berdaya nk buat apa lagi.. lalu ku mohon lelaki yg ada di situ, agar tolong terus mngajarkan dia mengucap.. ku lihat, lelaki yang mengajarnya mengucap tu genggam tgn mangsa yg berlumuran darah tu.. dan ajar die mengucap.. mulia sungguh hatimu tuan.. sebenarnya aku tak sanggup untuk menghadap beliau dalam keadaan begitu.. seorang lelaki cube periksa dompet dalam poket seluar mangsa, dan icnya tertera alamat kemaman.. lalu diserahkan kepada pihak polis..
lalu ku bangkit dan aku ternampak sorang lelaki berbangsa cina yang sedang berlumuran darah di kepala sedang berdiri dan sedang menghadap hilux tersebut.. aku yakin beliau adalah tuan hilux.. lalu aku mendekati beliau, memimpin beliau agar duduk sahaja.. jgn berdiri.. kerana ku lihat beliau macam terhoyong hayang seperti pening... lalu ku pimpin dia menjauhi hilux tersebut dan suruh dia duduk.. aku ajarkan dia tarik nafas dan bertenang.,. ku lihat kepalanya juga bleeding teruk.. lalu aku sekali lagi menggagau kepada org sekeliling mencari tuala atau kain.. ada sorang lelaki berlari bersamaku menuju ke arah satria utk cari lagi tuala atau kain.. tiba2 aku terpandang sehelai tuala di tempat letak kaki penumpang.. ku mohon lelaki tu utk tolong ambilkan tuala itu utk ku.. beliau agak was2 utk masuk ke dalam satria yg remuk tu.. sebab byk serpihan kaca.. namun ku galakkan dia, pelan pelan kataku... setelah dapat, dia serahkan kepadaku dan aku terus tekap pada kepala/luka uncle itu.. aku cuba tenangkan dia.. bau hanyir darah menusuk hidung.. tp ku tahan.. keadaan uncle stabil keran dia masih boleh respon kepada soalan2 ku.. dari kejauhan 10 meter dariku dapat ku lihat ada sebuah mercedez hitam juga melintang tengah jalan, ada seseorang sedang berbaring di tepi/bahu jalan itu..
ku tinggalkan uncle kerana ku tau beliau stabil.. lalu aku bangkit dan bergegas ke arah mangsa yg sedang terbaring itu, ia adalah seorang wanita cina lingkungan 60an.. kepalanya juga berlumuran darah.. namun seperti beliau juga stabill.. lalu kuubah pandangan ke arah kereta merz tersebut.. dapat kulihat seperti ada seseorang di tempat duduk pemandu tersebut.. namun tidak bergerak.. dan 2 orang wanita sedang cuba membuat sesuatu kepada orang itu... lalu aku mendekati wanita2 tersebut.. dari dialek cina yg aku sedikit faham.. lelaki dalam kereta di tempat duduk pemandu itu adalah ayahnya dan 2 wanita itu sedang cuba mengeluarkannya dari situ.. tangannya berlumuran darah sehingga ke siku.. (darah ayahnya..) aku ingat beliau tersepit dibahagian kaki, rupanya dibahagian kepala yang terlekat..aku cuba memberi arahan dengan menyuruhnya clearkan bahagian atas/ bumbung/kepala ayahnya tu dari kaca dan span2 bumbung tersebut.. namun beliau beritahu, dah tak boleh nk clear lagi dah... dari pandangan tepi ku lihat dada lelaki tersebut sudah tidak berombak dan tidak ada respon langsung darinya.. aku tak melihat secara depan2 keadaan lelaki cina tersebut.. baru aku tau, yang rupanya, frame cermin depan tu yg dah bengkok dek hempasan hilux ke atasnya tu buat ia jadi bengkok dan berbentuk tajam.. lalu menembusi dahi/kepala beliau dan aku rasa, beliau sudah tiada.. lalu ku bimbing sorang lagi perempuan cina remaja (mungkin anak wanita yg nk tolong ayahnya tu) aku peluk dan tenangkan die, aku suruh die duduk dan teman mak nye yang sedang terbaring tu ( mase tu aku ingat tu mak die, rupenye nenek die sebab die panggil pompuan yg sorng lagik tu mak).. lalu aku bangkit semula dengan niat nk tolong perempuan tu keluarkan ayahnya.. tp aku dgr dia dah meraung2 panggil ayahnya tu.. aku yakin, die tau yg ayahnya dah takde.. dalam dialek cina, beliau kate ayah jgn mati... sedih nye aku mase tu.. aku taknak cakap kt sini.. tp kite semua boleh agak kan perasaan perempuan tu macam mane mase tu dalam keadaan tu.. sebak rase tp aku kene kuat.. aku pon pergi kt perempuan tu, cuba bawa die duduk di sebelah maknya.. mmg takde ape yg boleh buat lagi dengan ayahnyaa....
dalam masa yg sama.. aku perasan. kebakaran hilux semakin marak dan sekali sekala disusuli dengan letupan kecil.. dan makin ramai org yg mengerumuni kawasan kejadian.. bukan boleh buat apa.. ambil gambar dan video sahaja.. ermm.. laluan trafik di sebelah sana pon dah makin jem sebabnya org selowkan kenderaan sebab nk amek gambo/ nk tgk/ nk amek video je.. haaihh.. menteliti org mesia... ada juga pemandu lori yang prihatin dan cuba membantu, dengan mencuba memadamkan kebakaran dengan guna fire extinguisher yg ada dalam lori dieorang.. tp tak berhasil.. api sgt marakk dan besar..
dalam setengah jam kemudian, satu ambulan datang dari arah temerloh, ada 2 orang nurse, kami tahan supaya ambil owner satria itu dulu.. sebab die paling nazak.. dalam masa yg sama.. aku papah uncle owner hilux tu masuk ambulan.. dn mintak die rileks saja.. stretcher pon diturunkan, dan mangsa owner satria pon diangkat ke atas stretcher.. dapat ku lihat, dari telinga kiri mangsa, keluar darah merah pekat yang berketul2 meleleh ... beg barang mangsa yg berisi dompet dan telefon juga dibawa bersama..
ambulan kedua sampai dan membawa untie ke hospital.. pada masa yg sama.. bomba juga sampai dari arah kuantan dan padamkan kebakaran.. mendiang uncle juga dikeluarkan dari kereta.. rupanya senang je bomba buat.. turunkan seat, dan badan dia akan turun juga dan terlepas dari besi yng cucuk kepala tu.. mase kite yg buat ni semua tak boleh.. ye laaa bomba tu kan dah keje die.. die sure laa tau tips n tricks.. huhuhu..
selepas bomba dah padamkan kebakaran, dan kuarkan mayat, trafik dibuka satu lorong dan mula bergerak. aku pon decide utk gerak jugak... sampai di kereta, ambil air dalam botol di bonet dan basuh tgn.. kene darah sikit tadi.. satu pengalaman yang sukar dilupakan.. ini adalah kali kedua aku terlibat dalam situasi begini.. sungguh menginsafkan.. baru tak sampai 10 minit tadi merz tu baru je overtake aku.. n aku admire no plet die.. JMQ2.. tiba2 dah takde dah pemandu tu.. kite tak tahu ape yg akan berlaku pada masa hadapan pada kite, dan org disekeliling kita lebih2 lagi org yg kite sayang.. dan keluarga kita...
berdoalah kita semoga sentiasa dalam lindunganNya... Amiinn... InsyaAllah..
p/s: bile flashback2 balik ni baru ciksu perasan, pengguna hiway yg bantu beri pertolongan tadi semuanya lelaki... kecuali aku je sorang perempuan... Allah beri aku kekuatan utk hadapi situasi macam ni agaknye.. Subhanallah..
dan ciksue tak terfikir langsung nk snap or rekod gambar2 waktu kejadian.. sebab tak sampai hati.. lagipon tgn ciksu penuh darah....
dan ciksue tak terfikir langsung nk snap or rekod gambar2 waktu kejadian.. sebab tak sampai hati.. lagipon tgn ciksu penuh darah....




ya allah, ngerinya..semalam mak kina ckp ade eksiden & jem..baru tahu ceritanya dari sue..
ReplyDeleteKina & zimie.. memang ngeri laa.. sebab tu sue tak tgk keadaan besi yg cucuk kt kepala mendiang uncle tu.. takot tak boleh tido je teringat2.. malam tadi pon susah gak nk lelapkan mate.. teringat owner satria tu yg bleeding n nazak tu.. cube bace ayat qursi sampai tertido.. hhuhuhu.. tak tahu nasib owner satria pemandu satria tu macam mane laa agaknye.. tak dengar berita.. rase nk pegi cari dekat sepital tanye tp dah sibuk sgt hari ni.. semoga beliau dan kita semua sentiasa dalam lindungan Allah..
ReplyDeleteowner satria meninggal.... owner hilux pun mati... tahniah diatas keberanian....
ReplyDeletehah? iye ke? ada berita ye?Innalillahhiwaiinalillahirojiuunn... mmg arwah sudah terlalu nazak waktu itu.. saya tak sanggup nk menghadap arwah lagi..
ReplyDeletetakziah buat keluarga arwah.. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org yang soleh.. Al- Fatihah
eh.. nk tanye balik.. owner hilux pon mati jugak? semalam die stabil je.. boleh cakap n jawab soalan saye.. yg dah kompom takde mase tu uncle merz tu.. owner satria plak parah.. ermm.. dapat info dari mana ye?
ReplyDeletesue..mmg tabik le kat sue..kalo aku belum tentu boleh..x berani pun ade..tahniah sebab jadi rakyat malaysia yang prihatin.. (",)- Tie..
ReplyDeletehttp://www.sinarharian.com.my/bterkini/14083.asp
ReplyDeletehttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm
owh.. terima kasih kepada cik/encik anonymous.. saya sgt apreciate..
ReplyDeleteAstafirullaahh... tak disangka.. mendiang uncle wong (owner hilux) sgt stabil semalam.. siap boleh jawab soalan2 yg saya tanye juga.. saya tanya nk pergi mana, dari mana.. sorang je ke dalam hilux.. dompet semua mana? semua dia jawab.. tp dalam keadaan menahan kesakitan.. malah beliau juga boleh berjalan dan berdiri sambil melihat ke arah hilux nya yg sedang terbakar... semasa saya papah nya ke dalam ambulans juga beliau nampak sudah stabill dan tenang saja.. cuma skali skala beliau menyeringai menahan sakit seperti di bahagian bahu.. tuala yang saya tekap di kepalanya juga beliau ambil dan kesat darah2 di mukanya.. sungguh tak sangka beliau dah tak ada.. mungkin kecederaan dalaman agaknya.. takziah buat keluarga mendiang..
ReplyDeletetq tie.. aku cuba membantu apa yg termampu dan terdaya je tie.. tu pon tak dapat nk buat ape.. Tuhan lebih sayangkan mereka.. Al- Fatihah Buat arwah mustafa kamal (pemandu satria).. dan RIP buat uncle wong (owner hilux) dan uncle yee (owner merz).. tp uncle wong ada cakap matilah macam ni.. tp saya tenangkan nya.. its ok.. everything gonna b ok..
ReplyDelete