Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Terowong Masa Kasih Sue&Fendy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama

Friday, April 13, 2012

10 tanda penting kehamilan


10 tanda penting kehamilan

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Jika anda sangat peka dengan sebarang perubahan dalam badan anda, anda mungkin mula menjangka anda hamil tidak lama selepas persenyawaan. Tetapi kebanyakan wanita tidak mengalami sebarang simptom awal kehamilan sehingga telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding uterus, beberapa hari selepas persenyawaan.

Sesetengah yang lain pula tidak perasan sebarang tanda kehamilan selama beberapa minggu dan mula tertanya-tanya "Adakah saya hamil?" hanya apabila mereka tidak datang haid. Berikut ialah senarai beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami kesemuanya, beberapa, atau tiada langsung simptom-simptom kehamilan ini.

1. Mengidam
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

Setakat ni tak tau laa nk kate mengidam ke tak.. ade sekali tu teringin sgt makan peanut butter... mule2 makan dengan roti je, tp skang sampai ratah je sambil tgk tb.. hahahhaha.. terok betol... lepas tu halwa kundur dalam laicikang tu.. semua dah dapat.. hihihihi.. tq mak sebab sudi tolong belikan kundur tu.. hihihi..

2. Warna areola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
erm... ade jugak belek2.. tp tak pandai nk beze gelap tu macam mane.. ade laa gelap sikit macam pudar2 tu..

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahanimplantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
pendarahan takde.. tp kejang atau cramp dekat ari2 macam senggugut teruk tu ade.. tp tak lame.. dalam 10 second je die punye sakit.. lepas tu ilang... kadang2 back to back.. macam skang ni.. arghh... sehari tu dalam 8-10 kali jugak laa... tengah duduk2 tgk tb ke, tengah makan ke, tetibe je sakit.. ingatkan nk period rase sakit macam tu.. tunggu jugak laa.. tp takde pon..

4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.
kerap daripada biasa ... tp tak laa kerap sgt...

5. Keletihan
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesterone yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda pentingawal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
ni mmg ade... keje kt opis bukan laa byk pon, duduk menghadap pc je.. tp die punye penat tu sampai jam 8 malam pon dah boleh masuk bilik n tidor... badan rase lesu sgt2.. tak larat sgt2.. sekali tu outstation dengan pilot, sepanjang perjalanan pergi dan balik tu saye tidooorrr je... selallu tak penah pon tdo.. layan die gebang n sembng sampai laa ke destinasi... sian pilot drive sorang2 takde org nk borak ngan die..

6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
ni mmg sgt obvious... sampai skang asal bukak je bra, merintih laa kesakitan.. rase nk demam je sebab sakit breast ni tau.. huhuhu... rase breast membengkak .. bile usik, lembik n lembut jee.. pantang tersentuh, rase nk nanges je... hohohohoh

7. Deria rasa berubah
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.
setakat ni bab ni takde lagi... makan mmg lajuuu je.. hihihi.. ape pon tak tolakk..

8. Mabuk hamil pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
saye tak loya, tp perut tak sedap, n kepala pusing2.. sampai rase macam syiling rumah tu pusing2 je.. minyak cap kapak jadik teman setiap laa.. sebab kadang2 sakit kepala tp tak kuat pon... saje manje2..

9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.
dah 3 minggu cik P tak hadir (lewat)

Dan akhir sekali...

10. Ujian kehamilan yang positif
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!
malam tadi buat test guna Clear Blue tester.. ade keluar tande positif... minggu lepas test dengan yg murah tu, negatif plak. (demand)...
sekiranya kompom, syukur Alhamdulillah... tunggu 29 April 2012 hubby balik nk g keliknik same2.. agak2 misi marah tak sebab lambat pegi check n sahkan? ermmmm...

pagi2 dah kaco hubby bangun tido dan hint2 die pasal result tester... happy nye die bile tau positif n mms gambar result.. rupenye die bernazar, so pasni kene botakkan kepale laa.. hihihi.. lepas tu terus die bgtau MIL n FIL.. sungguh pantas... semoga segalanya dipermudahkan...

No comments:

Post a Comment