Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Terowong Masa Kasih Sue&Fendy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama

Wednesday, February 12, 2014

Kelahiranmu..

Hampir 4 bulan aku tak berceloteh di sini.. Lantaran kesibukan tugas di Pejabat ini ditambah lagi dengan status dan pangkat yang dah bertukar skang..aku sudah bergelar "Mama". Sungguh aku seperti tidak percaya, seperti baru semalam aku disahkan mengandung, dah pada 6.35 pagi                22 Disember 2012, hari Sabtu.. Lahirlah Putera sulungku dengan kaedah Czer (emergency).. Diberi nama Muhammad Akyd Bin Mohd Efandy.. Akyd bermaksud "kuat".

 
Mari mama flashback saat kelahiran mu sayang..
 
* Pada usia kandungan ku 35 minggu, keduduakan bayi dikatakan songsang, kepala di atas, kaki di bawah
 
*Namun ia kembali normal pada usia kandungan 37 Minggu
* Usia kandungan 39 minggu aku sudah mula bercuti
* masuk usia 40 minggu due date 16 Disember 2012, masih tiada tanda2 mahu bersalin. Doc beri masa 7 hari, 22 Disember 2012 aku harus di induce sekiranya baby  tak keluar lagi.
*17 Disember 2012,Isnin,  aku rasa ada air panas keluar dari bawah, tp cukup untuk membasahkan pantyliner sahaja, namun tak rasa sakit pun. aku mengajak suami ke hospital. Sampai di hospital, doc buat CTG bayi normal, dan dibuat VE, jalan masih belum buka..
*2 hari berselang, 19 Disember 2012, Rabu ada calitan darah di pantyliner, sama juga, aku tidak berasa sakit. Ke hospital sekali lagi, CTG dibuat, Normal. Ve juga dibuat, tp juga masih jalan belum terbuka..
*20 Disember 2012, Khamis, sakit contraction bermula pada 1200 malam (21/12/12, Jumaat).. pada jam 3.45 pagi aku tak boleh tidur lagi, namun aku bertahan sehingga 6 pagi, kerana tidak meahu menggangu tidur si suami.. 6.45 pagi, aku bersiap untuk ke hospital, sakit kontraction mmg 10 minit sekali.. cek jalan hanya buka 1 cm, doc beri pilihan nk balik atau nk warded. aku memilih warded kerana 22/12/12 aku dijadualkan untuk diinduce.. jadi aku dimasukkan ke wad.. menahan sakit  yang sudah pun 5 minit sekali dan semakin sakit
*21/12/12, jam 12 00 pagi, kiranya dah 22/12/12, Sabtu aku semakin sakit dan setiap kali contraction datang, aku pasti perlu ke toilet untuk kencing. Sakitnya sampai sempat terlintas di dalam hati memohon Allah segera menamatkan kesakitanku ini, kalau perlu dibedah pun takpe lah.. sakitnya hanya Allah yang tahu.. aku semakin tidak berdaya..
*22/12/12, jam 4 pagi aku beritahu misi aku terlalu sakit, misi pasang CTG di perut ku.. kata misi CTG tak cantik .. dibuat sekali lagi.. juga bacaaannya tak cantik.. Doctor memanggil aku ke bilik rawatan.. katanya ingin pecahkan air ketuban.. aku berbaring, doc periksa jalan hanya buka 2 cm sahaja, lalu dok memasukkan sejenis pembaris panjang kedalam miss V, dan ku rasa ada air panas keluar, doc kata abak dah berak ya, air ketuban dah hijau, kene bedah emergency ya.. terus aku disiapkan, tukar baju, di pasang jarum ditangan. dan aku mohon untuk hubungi suamiku.. doc kol hubby guna nombor di buku pink tu, rupanya itu nombor lama, nasib baik ingat no fon hubby, sebab sempat hafal sebelum masuk bilik rawatan, dalam sakit2 tu sempat hafal.. dari dalam aku dgr doc kol hubby, beritahu aku akan di bawa untuk emergency czer..
*jam 5.15 pagi.. aku ditolak masuk ke dalam OT, meninggalkan suami dengan linangan air mata.. sakit kontraction semakin kuat.. aku diberi bius spinal.. aku didudukkan dengan bantal di atas peha dan badanku perlu duduk tegak.. doc cucuk meraba tulang2 spinalku untuk cucuk ubat bius.. rasa yg sgt tidak menyenangkan ketika ubat dimasukkan, rasa seperti kakiku kebas macam kene renjatan elektrik.. selepas itu aku dibaringkan semula.. dok menyuruh aku mengangkat kaki ku, terangkat separuh, doc cucuk2 perutku.. sakit, aku dapat rasakan, aku pun menjerit.. sakit.. doc tunggu sebentar untuk pastikan bius benar2 sedia.. dan kali ini aku tak berdaya angkat kakiku lagi.. bius dah ready maknanya.. setiap kelaran dan hirisan di perutku dapat aku rasakan, koyakan koyakan diperutku seperti dalam video2 yg selalu aku tonton.. semuanya dapat kurasakan... dan aku menggigil sepanjang prosedur, doc pun tak tahu kenapa.. perasaan ku bercampur baur.. mgkin juga aku terlalu takut, terlalu sejuk, atau aku sudah terlalu hampir dengan kematian..
*6.35 am, 22/12/12, selepas doc menekaan kuat di bahagian atas perutku, aku dengar jeritan anakku, kuattt.. dan semakin lama semakin sayup tangisannya, misi bawa ke bilik sebelah untuk dibersihkan, sempat ku tanya jantinanya.. Boy kate doctor.. berat 2.4kg kemudian tidak lagi ku dengar tangisan kuatnya itu.. aku bertanya kepada doc, di mana bayiku, doc maklumkan bayiku di NICU.. doc maklumkan bisuku bertahan selama 6 jam, maknanya jam 1.00 pm baru clear, sepanjang tempoh itu, aku perlu baring lurus sahaja, bantal pon tidak boleh..
*7.15 pagi aku ditolak keluar dari OT dan dihantar ke wad 1st class.. diiringi suamiku, selepas memastikan aku dalam keadaan ok, beliau mohon untuk pulang ke rumah untuk mandi dan mengambil barang2 keperluanku..  dan aku tertidur sehingga pukul 11 pagi.. aku terjaga dengan pening2 lalat..
*1.30 petang Maktih dan Kak ja datang melawat, dan aku muntah beberapa kali, keluarga mertuaku juga sampai.. dan aku muntah setiap kali aku buka mata, apabila muntah aku sudah berkurang aku cuba bangunkan badan, sendal bantal dan tnggikan kepalaku.. dan aku cuba makan, aku mahu cepat kuat, kerana mahu cepat pergi melihat anakku di NICU.. dan pada waktu petang aku sudah semakin ok, aku dan hubby berusaha mengapam susu dan kolestrum dari breast untuk diberi kepada bayi di NICU.. suami tidak dibenarkan menemaniku, aku disuruh bangun ke tandas oleh misi sambil dibantunya.. darah berketul2 sebesar penumbuk keluar dari bawah.. misi menyiapkanku..
* 23/12/12, Ahad, aku bersedia untuk melihat bayiku di tggkat 6 NICU.. dengan membawa bekal kolestrum yg hanya sedikit ku dapat, suamiku menolakku dengan menaiki kerusi roda ke tgkat 6, aku berjalan perlahan2.. sebak hati melihat badannya yg berselirat dengan wayar, di hidungnya, di mulutnya... matanya tertutup, duduknya di bawah lampu biru, doc kata dia kuning.. borak kepalanya macam dalam gambar.. aku menangis kesedihan..
 
10 hari dalam NICU aku berulang alik ke hospital 2 kali sehari dengan membawa bekalan susu badan, susu badanku semakin bayak hari demi hari kesan mengepam yang kerap..
 
kini, Akyd sudah berumur 4 bulan..
 
 baru berapa hari ni.. 2.4kg
 
 tidur lepas botak kepala
 
 umor 42 hari, nk g kenduri kawen.. muahahahah
 
 mula introduce dengan soft toys
 
 2 bulan.. dah start bam bamm, 3.4kg
 
 kalu dah ngantok sgt.. n kenyang..
 
 dah 3 bulan, dah pandai senyumm, 5.2kg
 
 belajor ngereng
 
 nk diri je tak mo duduk...
 
 bam bam mama








 4 bulan, 6.0 kg

hobby jenjalan naik kete.. senyaap je, tak gadoh langsung..

1 comment:

  1. Su, ngeri sgt baca.terserlah pgorbanan seorg ibu..tahniah dah jd ibu..heeee..aisyah pun dah 5 months =)

    ReplyDelete